JENIS-JENIS TEMUDUGA
Setakat yang saya belajar
hari ni, temuduga ada 3 jenis >>> temuduga bersemuka (face-to-face),
temuduga berkumpulan dan temuduga dalam
talian (telefon). Jadi, sebelum mengahdirkan diri ke sesi temudug tersebut,
hendaklah pastikan terlebih dahulu apakah bentuk temuduga yang bakal anda
hadiri dengan mencari makluamt tentang sesi2 temuduga yang lepas yang telah
dilalui olh orang-orang lepas.
1- Temuduga bersemuka
– Temuduga jenis ini adalah temuduga cara lama
yang biasa digunakan oleh majikan-majikan semasa menemuduga bakal-bakal pekerja
mereka.
- Merupakan cara yang agak
mudah untuk dilalui berbanding dengan jenis-jenis temuduga yang lain.
- untuk calon temuduga
pulak, gunalah kemahiran yang anda ada untuk tampil dengan penuh berkeyakinan
menarik di hadapan penemuduga.
2- Temuduga berkelompok@berkumpulan.
- Merupakan jenis temuduga
yang agak sukar.sebab, calon perlu
memainkan banyak peranan alam kumpulan dengan menunjukkan semanagt kerjasama
dan bertoleransi di dalam kumpulan.
- Calon perlu beri perhatian
yang sepenuhnya terhadap setiap buah fikiran yang dilontarkan oleh
calon-calon lain untuk memudahkan mereka
saling memberi maklum balsas terhadap pendapat-pendapat yang diutarakan di
dalam perbincangan.
-Hendaklah duduk di
tengah-tengah di antara calon2 yg lain supaya setiap pendapat yang dilontarkan
oleh calon-calon yang lain, dapat didengari dan suara anda lebih mudah
didengari kerana anda berada di tengah-tengah mereka.
- Hendaklah memberikan
jawapan atau pendapat dengan jelas dan tepat.
- Elakkan dari memotong atau
memintas caon-calon yang lain ktika mereka sedang bercakap kecuali ketika
mereka memberikan maklumat yang salah, bolehlah memotong cakap mereka dengan
tujuan untuk memperbetulkan maklumat tersebut dengan ara dan adab yang sopan.
- Hendaklah bersalaman
dengan calon-calon yang lain setelah selesai sesi perbincangan.
3- Temuduga dalam talian
- Temuduga jenis ini, adalah
lebih sukar kerana penemuduga akan menilai kita hanya melalui atas talain
dengan mnilai suara dan cara kita bercakap melalui perbualan di dalam talian
tanpa melihat personality kita.
- Antara langkah atau cara
untuk menghadapi jenis temuduga ini ialah:
- Maniskan muka anda dengan senyuman walaupun anda tidak berada di hadapan mereka. Kerana situasi ini akan mempengaruhi intonasi semas anda bercakap.
- Sebelum bercakap lanjut dengan penemuduga tersebut, cuba pastikan terlebih dahulu adakan resume anda bersama dengan si penemuduga itu. Ini adalah untuk memastikan agar anda tidak ditipu dan sesi temuduga atas talian tersebut adalah serius.
- Jangan meninggi kan suara ketika berkomunikasi.
- Cuba untuk cari tempat yang kondusif dengan segera untuk menghadapi sesi tersebut.
mohon share
ReplyDeletesgt berguna utk sy..terima kasih blogger nurhafizah rosli
ReplyDelete