1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
8.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas
dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola
perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Pandangan:
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang
suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu
menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum
terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.
Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk
yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua
arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya
kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah
ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan
wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini
akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti
kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat
jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia
telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang
selalu bersyukur,
lidah
yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri
yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.
"Tidak
perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan
sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya,
isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya,
isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.
"Janganlah
kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras
rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi
kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang
menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.
Sunday, 13 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Amalan ketika mengandung
Penjagaan diri, emosi serta rohani ketika mengandung adalah penting kerana ia memberi kesan yang besar kepada anak yang dikandung...PENDIDIKAN ANAK BERMULA DARI DALAM KANDUNGAN...;-)
Hamil Minggu pertama dan ke-2
Minggu Pertama
-Waktu ni, masih rileks lagi...langsung x rasa apa-apa..boleh bawak moto laju2 lagu..hehe tak laju mana pun..80km/h je....^_^
-Tapi waktu ni dah start rase asik nak makan. Shake Herbalife yang selalu ambik pun, rasa memang sangat x cukup..asik rasa lapar..
Minggu ke-2
Pembuahan janin terjadi pada akhir minggu ke-2.
Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi.
Sambil terus membelah, sel telur bergerak melalui tiub falopio menuju ke rahim.
Setelah membelh menjadi 32, sel telur disebut morula.
Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium.
~~~masa minggu ke2 ni, badan dah mula rasa lain macam. Kalau naik tangga fakulti 3 tingkat je, mesti dah rasa lenguh kaki. Pelik jugak. Tapi tahan dan buat tak tau je.
~~~ tekak asik rasa payau...Bekal asam sentiasa ada dalam beg..:-p
~~~Pergi tandas berapa kali sehari dah tak terkira. Padahal, tak minum pun teh herbalife n tak minum pun air berliter-liter macam mase consume diet HERBALIFE..
~~~ Selera makan pun bertambah...Padahal, diri ni masih tak capai berat ideal untuk target HERBALIFE. Tapi, selera makan tu memang serius xtak boleh kawal.
~~~ Sarapan ambik SHAKE HERBALIFE, pastu makan nasi lemak. Pukul 10 pagi, pegi cafe kat campus, beli cucur nuget 2 cucuk. Pastu tengahari makan nasi macm biasa. Nasib baik pukul 2 ade kelas setiap hari...so, pukul 6 la baru boleh beli makanan...pukul 6 petang beli la nasi goreng kampung,atau mi..
Pastu, lepas maghrib lapar lagi.rasa nak makan lagi..pegi la beli kuew teow tomyam...pastu pukul 10 malam, rasa lapar lagi....huhu banyakkan...T_T
~~~ Ade sekali tu, lepas makan tenngari, dalam pukul 3, ajak abang singgah makan roti canai. nak x nak, abang order la jugak utk diri sendiri..abang kata, abang nak roti telur satu, Nur nak apa? So, jawab jela.."Roti kosong dua"..hehe tkejut abang..padahal baru je lepas makan tengahari..Last2, 2keping setengah roti ak makan..sebab abang tak larat nak habiskan..^_^
~~~ Masa minggu ke2 ni, dah mula syak dan terfikir, adakah ak mengandung???tapi x nak lah buat andaian sebelum ada keputusan. takut nanti kecewa plk...So, asik dok bukak internet la, nak tau apa simptom2 orang mengandung...^_^
~~~genap 2 minggu, pegi la jumpa dokter kat Klinik HANA..(hehe highlight sikit klinik HANA tu USIM)...
hasilnye>>>>>>>>>>>>>NEGATIFFF..series agak kecewa sikit..tapi, nasib baik abang pujuk..dan dokter kate, memang kalau terlalu awal, kewujudan janin susah nak dapat kesan..tenang sikit hati..so, dokter suruh datang after two weeks later......^_^ just wait...;-)
Friday, 11 May 2012
CARA MAKAN RASULULLAH SAW
PANDUAN: CARA MAKAN RASULULLAH SAW
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ;
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?
"Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku."
1.Pahala yang berlipat ganda
2.Keberkatan.
Kali ini saya nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan.
1. Cara duduk
Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Duduk makan cara sunnah...
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Ada orang tanya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macam mana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.
2. Makan menggunakan tangan.
Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
3. Makan dengan menggunakan 3 jari.
Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takper la, Baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya 'no comment'.
Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer... 2 batang kayu jer guna. OK pulak. So, macam mana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amalkan sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa "Allahumma baariklana........."
5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur.
Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa "Bismillahiwa'ala barokatillah"
7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.
Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.
9. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.
Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.
Biasanya kita makan ni ikut nafsu. Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita 'melantak'. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara 'buffet'. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain sebab saya pun terkadang juga...
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?
Buatlah pilihan yang bijak...
* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info
~ Ilmu hak bersama.. ~

BERWASIAT DAN BERTAUBAT SEBELUM TIDUR
Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."
Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.
Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabiei kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya, semua tuntutan naluri tabiei dan segala gerak-geri itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan ahirat.
Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.
Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.
Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.
Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.
Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.
Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.
Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.
Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.
Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.
Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.
Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.
Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.
Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.
Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.
Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.
Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.
Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.
Hal ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.
Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.
b seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.
Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya. - lanh _
dipetik dari harakahdaily.net
Jenis-Jenis Temuduga
JENIS-JENIS TEMUDUGA
Setakat yang saya belajar
hari ni, temuduga ada 3 jenis >>> temuduga bersemuka (face-to-face),
temuduga berkumpulan dan temuduga dalam
talian (telefon). Jadi, sebelum mengahdirkan diri ke sesi temudug tersebut,
hendaklah pastikan terlebih dahulu apakah bentuk temuduga yang bakal anda
hadiri dengan mencari makluamt tentang sesi2 temuduga yang lepas yang telah
dilalui olh orang-orang lepas.
1- Temuduga bersemuka
– Temuduga jenis ini adalah temuduga cara lama
yang biasa digunakan oleh majikan-majikan semasa menemuduga bakal-bakal pekerja
mereka.
- Merupakan cara yang agak
mudah untuk dilalui berbanding dengan jenis-jenis temuduga yang lain.
- untuk calon temuduga
pulak, gunalah kemahiran yang anda ada untuk tampil dengan penuh berkeyakinan
menarik di hadapan penemuduga.
2- Temuduga berkelompok@berkumpulan.
- Merupakan jenis temuduga
yang agak sukar.sebab, calon perlu
memainkan banyak peranan alam kumpulan dengan menunjukkan semanagt kerjasama
dan bertoleransi di dalam kumpulan.
- Calon perlu beri perhatian
yang sepenuhnya terhadap setiap buah fikiran yang dilontarkan oleh
calon-calon lain untuk memudahkan mereka
saling memberi maklum balsas terhadap pendapat-pendapat yang diutarakan di
dalam perbincangan.
-Hendaklah duduk di
tengah-tengah di antara calon2 yg lain supaya setiap pendapat yang dilontarkan
oleh calon-calon yang lain, dapat didengari dan suara anda lebih mudah
didengari kerana anda berada di tengah-tengah mereka.
- Hendaklah memberikan
jawapan atau pendapat dengan jelas dan tepat.
- Elakkan dari memotong atau
memintas caon-calon yang lain ktika mereka sedang bercakap kecuali ketika
mereka memberikan maklumat yang salah, bolehlah memotong cakap mereka dengan
tujuan untuk memperbetulkan maklumat tersebut dengan ara dan adab yang sopan.
- Hendaklah bersalaman
dengan calon-calon yang lain setelah selesai sesi perbincangan.
3- Temuduga dalam talian
- Temuduga jenis ini, adalah
lebih sukar kerana penemuduga akan menilai kita hanya melalui atas talain
dengan mnilai suara dan cara kita bercakap melalui perbualan di dalam talian
tanpa melihat personality kita.
- Antara langkah atau cara
untuk menghadapi jenis temuduga ini ialah:
- Maniskan muka anda dengan senyuman walaupun anda tidak berada di hadapan mereka. Kerana situasi ini akan mempengaruhi intonasi semas anda bercakap.
- Sebelum bercakap lanjut dengan penemuduga tersebut, cuba pastikan terlebih dahulu adakan resume anda bersama dengan si penemuduga itu. Ini adalah untuk memastikan agar anda tidak ditipu dan sesi temuduga atas talian tersebut adalah serius.
- Jangan meninggi kan suara ketika berkomunikasi.
- Cuba untuk cari tempat yang kondusif dengan segera untuk menghadapi sesi tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)