Pages

Wednesday, 28 March 2012

Persediaan Menghadapi Temuduga

Assalamu'alaikum...

Di sini saya nak kongsi serba sedikit tentang hal-hal yang berkaitan dengan persediaan temuduga. Maklumat-maklumat yang saya nak kongsi ni, saya dapat dari pensyarah (Dr. Ayad dari Iraq) masa dalam kuliah untuk subjek Bahasa Arab Profesional. Memang tajuk ni antara silibus yang ada. Tetiba rasa nak share dengan orang lain tentang  tips2 yang berkaitan temuduga yang dari orang yang banyak pengalaman. Pensyarah saya ni die guna  full arab lah untuk nota n penerangan die. Saya just translate jelah.hehe… Jadi, untuk first pos ni saya share dulu tentang persediaan temuduga.

1- Cari maklumat yang berkaitan dengan syarikat atau instistusi yang akan menemuduga kita. Tengoklah bahagian misi, moto dan target syarikat. Coz kadang penemuduga saja je tanya soalan ni sebab nak tengok sejauh mana minat kita pada syarikat die..

2- Beri perhatian kepada penampilan anda. Yang ni, rasanya semua faham. Kalau lelaki, biarlah berkemeja dan bertai, kasut tutup, dan rambut tu biarlah kemas dan BERSIKAT. (hehe sory ye..penah nampak adik beradik lelaki x sikat pun rambut kalau nak kemana2…hehe)

3- Hendaklah sampai sebelum waktu temuduga. Sekurang-kurangnya setengah jam awal. Boleh lah prepair perasaan dan ambil mood tempat temuduga tu.. 

4- Jangan panik. Buat biasa jelah. Penemuduga tu manusia jugak.. Tapi kalau nervous jugak, tarik nafas dalam-dalam dan banyakkan selawat. Then,  just buat2 berkeyakinan dan senyum sentiasa..;)

5- Sediakan soalan-soalan yang anda hendak tanya pada penemuduga tu nanti. Sekurang-kurangnya satu soalan cukuplah. Tapi jangan lah perasan pulak yang anda tengah menemuduga pegawai-pegawai temuduga tu ..hehe ok’, antara soalan yang mungkin boleh di tanya masa sesi temuduga tu adalah yang berkaitan dengan job skop jawatan yang anda mintak tu.  Just mintak penjelasan. Selain tu, boleh jugak tanya tentang tangga gaji yang akan diberikan. Opppssss…tapi ingatttt…jangan jadi orang yang terawal sebut tentang tangga gaji ni…kalau nak tanya tentang ni pun, tunggu dah akhir2…pepaham lah kan..nanti pegawai tu nampak anda mata duitan..cover2 lah sikit ye…;-)

(Nak terang sikit lagi kat point no.5 ni….) Walau apa pun, pada saya, kita memang kene taulah setakat mana gaji yang akan diberikan untuk kerja yang kita mohon tu. Karang die bagi rendah, sedangkan ada kerja lain lagi yang boleh kita buat untuk dapatkan gaji lebih tinggi dari yang diberikan..kan buang masa tu..duit kete, rumah, makan, isteri, anak, diri sendiri nak spend macam mana kalau x cukup.. ;)

6- Ketahui tangga gaji semasa untuk pegawai kerajaan atau swasta mengikut qualification anda. Kalau dalam bahasa arabnya, muahhilat (((مؤهلات)..janganlah muahhilat just baru sampai degree..tapi mintak gaji taraf professor…memanglah terus kene reject..;)

7- Sarapan secukupnya. Ramai orang yang tak ambil berat tentang perkara ni. So, bila sampai tempat temuduga, sementara tunggu turn, perut dah asik berlagu je..fikiran pun x dapat nak focus..kan rugi.. Tapi sape yang  mengamalkan sarapan sihat HERBALIFE, mudah lah..sampai tengahari tahan..;)

8- DOA dan TAWAKAL SUNGGUH2…..;)

Ok, last sekali, pesanan dari saya… mase temuduga buat je yang terbaik.  Buatlah dengan penuh berkeyakinan.. Keputusannya, tawakal je..kalau dapat, rezeki kita lah. Kalau x dapat, mesti ada jalan dan pintu rezeki lain yang terbaik yang Allah nak bagi kat kita….;)

No comments:

Post a Comment